Name:
Email Address:
No. Telefon :
Anda Berminat Untuk? : Turun Berat Badan
Tambah Berat Badan
Improve Kesihatan
Improve Kulit Muka
Kecergasan & Tenaga
Healthy Breakfast
Extra Income
Lokasi Anda?
Pernah menjadi Herbalife Distributor / Ahli?:

This form powered by Freedback

Monday, August 26, 2013

Raya-Raya, dengan musim KAHWIN pulak!!

Bismillah....

SELAMAT HARI RAYA SEMUA!!! 
MAAF ZAHIR DAN BATIN :))

Dah lebih 2minggu Hari Raya kan? Tapi masing masing Mood Raya tak hilang-hilang lagi. Open house pun berederet-deret jemputan. Perut nak penuhhhh aje. Bile la nak eat clean ni? HAHA. 
Kalau ade yang kat luar sana risau dengan perut terbeban dengan makanan berat dan rase usus mereka KOTOR, call me for solution k! Aku boleh tolong coach kan perut korang tu! Bhahaha :D

Sekarang ni kalau scroll Instagram & Facebook, penuh gambar Open House, gambar orang bertunang ( tak faham kenape tunang pun nak heboh-heboh), & gambar KAHWIN!! wewiitttt ;)

Seronok tengok kawan-kawan seronok bile dah di ijab qabulkan. Teringat kembali kenangan manis bila halal disatukan :) Kami Nikah waktu-waktu camni gak....selepas Raya. Tapi tahun lepas, 2012. 

Dah kenal 1tahun lebih, tapi nak bergambar pun segan. Malu *_*
25 August 2012
Happy Anniversary Sayang!! hehe

Lepas tuh, sambung musim convo pulak. Masa convo, ramai kawan-kawan belum mendirikan rumah tangga. Dulu pernah ade angan-angan, mase konvo nanti dah ade suami...tapi takdela serius pun, angan-angan je. Haha. But..its true.. kalau translate jadi bunyi "DREAMS" haha. SO. it is a DREAM comes True :)
Tunggang langgan kat UIA pun boleh convo jugak kan. kih kih, Alhamdulillah.....


Lepas Nikah, honeymoon pergi Hongkong-China-Macau in one trip. Pastu gedik-gedik spent time kat CH. Almaklumlah aku tak pernah sampai CH, alang-alang kahwin dengan orang Perak..bolehla singgah hihi....



------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Masa berlalu, Raya 2013 datang lagi... 

Kali ni giliran kami melihat kawan-kawan yang dah di ijab qabulkan pulak. Happy Moments. Tahniah buat sahabat-sahabat yang dah mendirikan rumah tangga. Bila dah kahwin, rase macam.........(ahh-haa describe sendiri) HAHA. Selamat bercinta sampai Syurga buat kawan-kawan. :D

Kalau nak listkan kat sini, macam berderet-deret sangat kawan-kawan punye majlis kahwin setiap hujung minggu. Pening-pening dengan suami nak plan perjalanan. Sebab, biasanya hujung minggu kami ade aktiviti Herbalife. 
Dengan ini, kami ingin memohon maaf sekiranya ade kenduri kenduri yang kami tak dapat hadirkan diri. *musim kahwin sangattt~* 
InsyaAllah try our best to attend most of the weddings day. 

Buat sahabat-sahabat yang belum sampai jodoh lagi, jangan sedih-sedih. Teruskan berdoa ye! =)



Coretan Hari Ini. Hehe. 
Buat kawan-kawan yang masing menunggu hari atau kate orang putih "Counting Days", sempat lagi nak shed few kilossss lemak kat badan!! 
And the best part I can promote you the 
  • BEST PROGRAMME, 
  • Turun lebih laju kaw-kaw 
  • plus RESHAPED! Heee. 


Msg/Call me : 013-2751047 Fiza / 013-9468784 Syamil

Thursday, August 1, 2013

Pengalaman Mengandung :))

Bismillah....

Syukur Alhamdulillah dah 6 bulan pun Allah bagi aku peluang carry this little baby inside my womb. Istimewanya wanita ni Allah bagi rahim, satu rahim...tapi satu rahim ni lah yang menyambungkan zuriat kita :') 

Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali Wanita.
Tiada sesiapa memahami sakit mengandung, kecuali Wanita.
Tiada sesiapa memahami sakit bersalin, samaada normal atau ceaser kecuali Wanita. 
Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa tahu sakitnya pecah dara, kecuali Wanita.

Rahim wanita pada asalnya hanya sebesar pear, 
Tapi boleh mengeluarkan seorang manusia? fuhhh.. takutkan. Hehe. Aku pun takut nak bersalin. 
Semoga Allah permudahkan perjalanan ni..Seawal kandungan berusia 4bulan aku dah study cara-cara bersalin hehehe. Over kann~

Bila tengok balik gambar baby scan..kadang-kadang rase macam biar betol dah jadi besar ni? Pastu tengok perut sendiri.... " huuu seriusla perut dah besar!!"
Masa baby baru 3bulan, aku siap sedih-sedih sampai menitiskan air mata...ingatkan baby tak membesar. HAHA. Sebab perut kecik ajee.. haih..hati seorang ibu kan~ haha. *oke poyo* Pastu Google la jadi mangsa aku untuk study pembesaran fetus dalam rahim plak. Agagaga~

Sekarang ni dah 6bulan, baru terasa betol-betol macam orang mengandung. Hihi. Antara pengalaman-pengalaman yang aku boleh share sepanjang pregnancy ;

5minggu ke atas :
-Dah start rase herbalife shake Tropical Fruit(feveret aku) tak sedap...mase tu, shake Chocolate jadi feveret, tapi demand nak kene blend dengan susu Strawberry laa. 
- Tak lalu makan sangat, tapi sebab lapar suke snacking Chipsmore, Chocolate, Roti canai, Nasi Ayam Penyet

8minggu ke atas :
- Tekak makin lama, makin loya, setiap seminggu mesti MUNTAH. Hillarious giler. 
-Pening-pening
- Perut asyik denyut denyut sakit
-Emosi lebih daripada biasa. Malam-malam nangis mintak Syamil peluk..kalau tangan dia dapat tindih sikit pun takpe.
-Nak tido awal, bangun lambat
-Pemalas agagagaga~
- symptom ni semua

12minggu keatas :
-masih muntah-muntah sampai minggu ke 16 pun aku muntah!!depan Klinik okey, before checkup! haha
 teruk kann..aigoo2..
-berat cume turun 1kg je hehehe mase First Trimester *BRAVO*
-Emotional

18minggu ke atas :
- saat-saat bahagia
-baby dah start kicking, boxing
-terase sihat jee sepanjang hari demi hari
- Happy :) 
-Emotional

24minggu :
- baby dah start lasak dalam perut...
-kalau petang-petang puasa tu macam tengah shuffle je dalam perut
-malam-malam nak tido, baby plak lambat nak tido -__-"
- Dah start sakit pinggang..sakit tumit bila banyak berdiri
- Sesak nafas fuhh fuhhh
-Emotional

Pejam celik pejam celik dah 6bulan kan!! Semua orang advise beli barang mase 7bulan.
"Sayang, SAYA SUDAH TIDAK SABAR NAK SHOPPING BARANG BABY!!!" 
Haritu dah pergi Mom&Baby Expo kat MidValley, tapi kami balik tangan kosong hewhew.  Pastu, boleh plak Sayang cakap "Nanti saye shopping sorang je..awak rehat kat rumah..." 
Amboi, jeles mummnyee!~ heheh

Well, walaupun bukan barang aku...tapi.....

 GIRLS LOVE SHOPPING!!! :D :D :D :D

Tak banyak pun yang dapat dikongsikan, tapi ni first time experience.. Semua pun aku teruja :) Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.....


SubhanAllah. Amazingkan ciptaan Allah SWT. Setiap kali aku tengok macam tak percaya.. 
Dulu ukuran 'mm' sekarang ukuran dah 'inches' ...Mase  pergi buat Detailed Scan , bile Doc cakap semua sihat dan sempurna. rase macam Alhamdulillah LEGAAAAA gilerrr. Doakan doakan smeuanya selamat :)
*senyum sampai kat telinga sambil teruja dengan keajaiban Allah*

Doakan yee..lagi 3-4bulan lagi. Macam lame lagi..tapi mama, kawan-kawan cakap sekejap jeee tuu. Plus, Doakan saya dapat ke Bangkok mase kandungan 34minggu nanti. Bhahaha. Okey, baby kene faham... kita kene FINISH STRONG  untuk Active World team School! Dah kene didik awal-awal dari dalam perut mummy :') 

Kite doakan semua orang di luar sana Finish Strong Ramadhan ni, ambil peluang ni jadi orang yang lebih baik daripada yang dulu. Lagi seminggu nak raya.. mood raya dah ON ke? ohohoho.
Okey. Sekian saje nak share. K Bai!