Name:
Email Address:
No. Telefon :
Anda Berminat Untuk? : Turun Berat Badan
Tambah Berat Badan
Improve Kesihatan
Improve Kulit Muka
Kecergasan & Tenaga
Healthy Breakfast
Extra Income
Lokasi Anda?
Pernah menjadi Herbalife Distributor / Ahli?:

This form powered by Freedback

Tuesday, August 31, 2010

kerana wanita ingin dimengerti....lalala =D

Nota/artikel ni aku copy paste daripada facebook, tak kenal pun sape tuan dia, segan nak mintak izin..gugugu..

by Safwan Saharim (credit kepada penulis ni..terima kasih!)
(jum layan............!! rajin-rajinkan membaca..hihi)

Air mata wanita ni juga adalah senjata untuk melemahkan hati sesiapa yang melihat terutamanya insan yang bernama lelaki..so,persoalannya disini..kenapa wanita ni air matanya mudah sangat mengalir?kenapa?wanita ni memang di cipta Allah dengan sifat yang lemah lembut dan wanita juga dikurniakan 9 nafsu dan 1 akal. berbanding lelaki yang nafsunya 1 tapi akal nya 9 wanita, akalnya yang 1 di kawal oleh 9 nafsunya.begitu juga lelaki ,9 akal tu yang mengawal 1 nafsu tu.Kadang-kadang ada sesetengah lelaki khususnya akan berasa pelik dan jelik jika wanita tu menangis atas perkara yang remeh.dari aspek yang semacam ini,lelaki seharusnya memahami wanita ini.wanita akan menagis jika perkara tu betul2 menyentuh hatinya. tambahan pula dia akan lebih mudah menagis jika orang yang dia sayangi tak ambik berat tentang dirinya..perkara ni nampak kecil je kan?tapi pada wanita hal ini amat terkesan dalam hati dia.Ok..untuk situasi lain,contohnya si isteri mengadu pada suaminya.. :

"Abg,bahu ayg sakit la.boleh tak abg tolong picit jap"..

lepas tu suami dia cakap.."Ala syg,abg pun letih juga.." Pastu,pasti muncung isteri tu akan keluar sedepa. pada masa tu dia akan mula mengomel dan turunlah air mata..sikit je kan masalah nye?kalau kes macam ni terjadi macam ne? suami sure mengelabah kalau tengok isteri nangis..hehe.

So,memang tak ada cara lain..kena pujuklah jawabnya.Tapi,nak pujuk pun kena ada cara.Salah pujuk,lagi menjadilah jawabnya..bak kata Dr.Fadhilah Kamsah, "jika isteri tengah menagis,dan seumpama mahu dipujuk,suami kena guna cara yang terbaik,contohnya,peluk isteri tu, kalau rasa tak reti nak peluk,usap lah tangannya sambil senyum ke arahnya.insyaallah,lembut hati isteri tu."


Jom kita baca kisah ni.. :

Kisah di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untukmengetahui kenapa perempuan mudah menangis.Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa wanita terlalu mudah untukmengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya,

"Ibu, mengapa ibu menangis?" Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak."

"Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti"

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya."Ayah, mengapa ibu menangis?"

"Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab.

"Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapaperempuan menangis? Hingga pada suatu hari, dia bertanya kepada seorang gurunya,

"cikgu, mengapa perempuan mudah menangis?"

Gurunya menjawab:

"Saat Allah ciptakan wanita, Allah membuatnya menjadi sangat utama. Allah ciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga, bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur. Allah memberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan, dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau seringkali pula, ia kerap berulangkali menerima cerca dari anaknya itu. Allah memberikan keperkasaan, yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah, saat semua orang sudah putus asa. Pada wanita, Allah memberikan kesabaran, untuk merawat keluarganya, walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah. Allah memberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang, untuk mencintai semua anaknya, dalam kondisi apapun, dan dalam situasi apapun. Walau, tak jarang anak2nya itu melukai perasaannya, melukai hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang terkantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat dideka pdengan lembut olehnya. Allah memberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa -masa sulit, dan menjadi pelindung baginya. Sebab, bukankah tulang rusuklah yangmelindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak? Allah memberikan kepadanya kebijaksanaan, dan kemampuan untuk memberika npengertian dan menyedarkan, bahawa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau, seringkali pula, kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami, agar tetap berdiri, sejajar, saling melengkapi, dan saling menyayangi. Dan, akhirnya, Allah memberikan wanita air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita,agar dapat digunakan bilapun da inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, air mata ini adalah air mata kehidupan".


Ada sesetengah lelaki ini melebihkan egonya. Kadang2 lelaki sanggup cakap.."you nangis r puas2.tak kuasa i nak layan you lagi"..Adakah ini cara terbaik? Masa bercinta dulu tak hingat! Lautan api sanggup diredahi.Sekarang,isteri nangis ..biar gitu je..Kenapa wanita cepat nangis?Sebab dia nak perhatian yang lebih terutamanya dari orang yang dia sayang..tengok pada anak2 kecil..Jika dia menagis,apa yang dia mahu kan?belaian kan?jika pada zaman berkasih,boleh beri layanan yang hebat,kenapa ketika di alam rumah tangga layanan tu tak sama? Bukankah sepatutnya lepas kahwin tu kemesraan sepatutnya ditahap yang paling maksimum?dapat pahala tu!!!


Ok..kenapa lelaki tak mudah menangis?perasan tak kalau masa kecik2 dulu,bagi orang lelaki la ni..kalau la budak laki ni nangis,mesti mak atau ayah,atau cikgu atau sapa2 saja akan cakap..'ish..apa ni laki nagis?buat malu je.macam perempuan je.laki kuat..tak boleh nangis"...sebabkan statement ni la yang sudah terbekesan dalam minda lelaki.memang pada dasarnya,betul..tapi,siapa kata laki ni tak boleh nagis?hebat sangatkah ke "ego" an tu? Rasulullah saw pun menagis jugak.tapi tangisan nya bertempat lah..:-) Tapi,apa2 pun,janganlah letak tanggapan yang salah pada wanita kerana kemudahan air matanya untuk turun.cuba selami hati wanita.wanita ni just nak dimanja,diberi perhatian.terutamanya dari orang yang dia sayang.dalam lirik lagu sumayyah nyanyian Hijjaz pun ada tertulis,

"tangan yang di sangka

lembut menghayun buaian

mengoncang ,mencipta sejarah."

hehe.

Dan di sebalik kejayaan lelaki itu,pasti ada seorang wanita dibelakangnya..."


"Karena wanita ingin dimengerti Lewat tutur lembut dan laku agung Karena wanita ingin dimengerti Manjakan dia.. dengan kasih sayang"

Monday, August 30, 2010

MID TERM EXAM!

wahai kamu, sila study kuat-kuat sket! jangan pk nak balik rumah aje...please please please..
30hb--->31hb--->1hb lega sikit!!! yeay!!

huwaaa....nak pecah kepalahottttMyEm0.Com

Sunday, August 29, 2010

Sampaikan walaupun satu ayat,,

Salam semua! Hari ini nak share mengenai Roh di bulan Ramadhan, dapat email daripada papa.

" Walau setinggi mana kasih sayangku, sesungguhnya Allah lebih berhak
menyayangimu,
Damai lah engkau disana di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya,
Sesungguhnya kami semua akan menyusulmu di kemudian hari...
Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat
yang telah pergi mendahului kita"

Roh di Bulan Ramadhan
Menurut satu hadith Rasulullah.... menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah
kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus berada di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggalah tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz
dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini,,memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu;
doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.

p/s: Jum sesame kite sedekahkan Al-fatihah kepada mereka yang telah pergi...
Smg Allah memberi balasan yang sebaik-baiknya kepada mereka :)

Friday, August 27, 2010

::Sabar itu separuh daripada iman::

Hari nih, aku pulang ke rumah kakak aku di Kerteh,Terengganu. Di bulan yang mulia, ramadhan kareem, Alhamdulillah, aku tahu untuk lebih banyak bersabar dan kurangkan merungut.

Sewaktu hendak mulakan perjalanan, aku berpesan pada diri sendiri, agar memandu dengan berhati-hati, dengan had laju yang bersesuaian, tidak tergesa-gesa untuk berbuka memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 540pm(masih di Kuantan), dan tidak emo sewaktu memandu. Tapi,,,,sepanjang perjalanan tadi, setiap yang berlaku memang banyak sangat yang menguji kesabarannya!. huhu.

Nama pun dah bulan puasa, orang yang kat atas jalan raya pun kebanyakannya bile memandu waktu petang macam tuh, bawak kereta macam nak kejar bini nak bersalin. Huhu,,berlumba-lumba.apakah, pada satu masa tuh, aku sampai taknak bagi orang belakang potong aku,tapi..cepat-cepat aku tersedar. Sayangkan nyawa sendiri, dan nyawa-nyawa orang yang sayangkan kita,kang tak pasal-pasal ade yang jadi duda,,hakhak,, terus aku perlahankan kereta, dan masuk lane kiri. Dalam hati aku, doa supaya kereta tuh cepat-cepat hilang daripada pandangan aku . huh! menyakitkan hati je..huk.sabar fza sabar.

Bulan puasa nih, banyak sangat air mata yang menitis. Yang paling tak boleh blah skali, ade satu petang tuh aku menangis sebab nak sangat+teringin nak makan telur dadar dengan ikan bilis masak kicap. Ade sesape nak masak untuk aku? cewahhh...bajet femes lerr tuh. Nak balik rumah, malas sangat nak drive balik,,naek bas plak takut..nangis sambil tekup muka kat bantal,, hentak2 kaki kat katil....dah tenang skett, bukak laptop bace blog zackzukhairi. hakhak. Lepas tuh, gelak sorang-sorang dalam bilik. Time berbuka, rumet-rumet aku mengajukan pertanyaan apakah yang berlaku petang tadi....errr~! =D

Makanan untuk berbuka pulak, aku taknak sangat merungutnyer.Kang kalau merungut, nangis macam cerita kat atas.haha. Cukuplah sekadar, kenyang dan seronok tengok orang lain kenyang jugak. teehe XD...Lagipun, puasa tuh kan ibadah. Apabila berpuasa, menahan keinginan untuk sesuatu yang kita ingini adalah penting dan perlu. Istilah kecewa atau frust lahir daripada seseorang yang tidak dapat menahan keinginan hati yang tidak tercapai. Kecewa ni jugak,penyakit lumrah masyarakat kini...kadang-kadang penyakit nih, leh membawa kepada penyakit-penyakit jiwa yang lain...hurmm,,tapi haritu...kejadian di lab NP, betul-betul menguji kesabaran aku.*big sigh*
em, semalam I minum coffee jelly frappucino starbucks.ups..boikot.hee =D
oklah, Hafiy dah tarik laptop aku 160darjah lepernye...adoiii
sabar fza sabar.
>.<

Rasulullah saw bersabda, :
"Puasa adalah separuh kesabaran." (HR. Tarmizi & Ibn Majah)

Thursday, August 26, 2010

tulisan aku memang tak cantik

Si T(kawan aku), sambil membelek-belek kad hadiah hari lahir kepada Si S

"haa..yang tulisan buruk nih mesti tulisan fza..haha"

******************

OK, memang aku akui tulisan aku tak cantik. Kawan lelaki aku sendiri 2-3 kali gak cakap macam tuh kat aku. fine. =.=! huhu.
Disebabkan tulisan aku buruk jugakla, aku suke ber-blogging sebab hanya perlu membebel ikut hati sambil menekan-nekan huruf di keyboard. Mudah. tak perlu tulis dengan tangan panjang-panjang sampai penat. kalau gune keyboard, penat-penat pun, still wording tetap cantik. aytee? :)

Masih ingat lagi kenangan menulis surat cinta pertama kali kepada cinta pertamaku. Boleh dikatakan 4-5 kali jugakla tukar kertas sebab nak pastikan tulisan tu cantik, kemas...dan dibalas dengan pujian seorang kekasih.huhu. Lawak pun ade kan, tapi itulah hakikat. Kalau aku menulis untuk sesuatu , memang banyak dakwat pen + kertas yang membazir. tak macam blog, tak membazir dakwat pun kan? teehe XD

Aku tak suke tengok tulisan aku sendiri kadang-kadang. Memang sangat jaranglahh untuk aku terima pujian "waah,, cantik tulisan ko". Kalau ade orang puji tuh, memang dah nasib terkene waktu aku tengah tulis cantik-cantik dan teliti kot. Tak bangga sangat pun, riak je..haha..sebab mereka tak tahu tulisan aku mcm mane sebenarnye. Hehe. Dulu kecik-kecik, papa pernah jugak psiko aku, cakap tulisan aku macam doktor..konon-konon nak boost semangat aku untuk jadi doktor lah. hakhak. Tapi, hari nih, setakat jadi doktor cinta(???) pun, malangnya tak lepas.huu.

Aku juga tak kreatif macam sesetengah gadis yang lain,,tulis guna pen/marker/pen kaler-kaler atas kertas bukan main lagi, cantik-cantik tulisan pergh..menarik..bunga-bunga, abstrak, bla bla bla..sejuk mata memandang...Kesimpulannya, tulisan aku memang tak cantik >.<


Wednesday, August 25, 2010

huwaaaaaaaaa

nak nangis.......dah nangis......................sedih!!!!


Sunday, August 22, 2010

New Blog Header

heeeee~~~!!
mempersembahkan header blog terbaru....
rasenyer macam tak lame je nih,,
sebab malu tengok gambar sendiri,
rase macam syok sendiri pun ade bile letak blog header gambar muka aku tuh,,
kalau tuan blog nih cantik comel tertarik menarik takpe gak,,hukhuk,,
ape-apepun, tribute to me sebab berjaya buang masa meng-edit gambar nih!!
hak hak hak XD

p/s: haihh...hmm..entah kenape malam tadi tak dapat nak tidur, walaupun mengantuk yang amat, pejam-pejam mata, takmo tido...hati tak tenang, resah memikirkan yang dunia ni hanya sementara, yang hidup nih cuma sementara... :(


Saturday, August 21, 2010

::pergi tak kembali::

Setiap insan pasti merasa saat perpisahan terakhir,
pergi takkan kembali lagi...
Hidup ini takkan sama seperti dulu, hidup ini kan berubah dek masa,
Hargailah setiap jasad dan nyawa di sekeliling kita,
Hidup hanya sekali,...hukkk! sedih..........


*Al-fatihah kepada arwah ayah Noorazlin Mohd Shah yang kembali ke rahmatullah semalam, Semoga ayahnya diampunkan segala dosa,,,dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.....ameeen~*

Thursday, August 19, 2010

"Weh, camne ko boleh kurus?"



Screenshot di atas ialah hasil chit-chat ku bersama adik angkat bekas kekasih ku. hakhak. topik di sini, ialah"weh, bagi arr tips camne ko boleh kurus?"; dulu-dulu aku suke jugak dengar ayat nih, tapi sekarang, aku buhsan!~ lagi-lagi yang tak reti bahasa, duk tanye sebulan sekali. =.=!

Mai-mai sumaa pakat bace blog aku, mcm mane aku boleh kurus berbanding 2tahun yang lalu? Aku ingat lagi, mak aku pernah cakap cmnih "hmm, besar betul badan kamu nih fza,,nasib baik dah ade boyfren.." time tuh aku senyum jer. prap prap krekkk! kami putus. kadang-kadang aku teringat kata-kata mak aku tuh. Tambah pula, ade satu hari tuh, ex-rumet aku cadangkan aku minum Herbalife untuk kurangkan berat badan secara sihat, sebab aku de mengadu kat dia yang aku nih dah gemuk sangat. =(

Masa tu, Herbalife nih harga RM361.20 camtuhla(dan 1kotak SNP tuh tahan 2minggu je sepatutnya). Aku pun beli. Aku minum jimat-jimat.Tadaa! selepas 3minggu, berat aku dah turun 3-4kg. Nak continue minum HL, bleh bankrupt aku. So, aku mulala rajin ke gym buat aerobic, kurangkan portion makanan aku especially nasi. kurangkan makana bergoreng, tak makan fastfood paling lame 3bulan. Selepas 4-5bulan cmtuh, berat aku turun lagi kepada 8-9kg.hihi :)

Pengembaraan untuk turunkan berat badan diteruskan, semakin lama, semakin ramai yang tegur, aku semakin kurus, cengkung, dan bla bla, ade jugakla yang keluarkan ayat-ayat berbaur-baur dengki. bukan saje pujian.huhu. Selepas lagi 3bulan,hasil bersauna di rumah, berlari-lari anak di atas treadmill, dan kurangkan makanan berat-berat...maka, berat aku turun lagi 4-5kg. time tuh, memang pakai baju ape pun, semua tak kene, yerla dah kurus....hahahaa. kalau korang nak tau, baju aku sekarang semua bukan baju yang dulu-dulu.Semuanya terpaksa disedekahkan dan disimpan di dalam almari. untung tak? dapat pakai baju baru. untungkan...hakhak.

Habis satu Malaysia yang kenal aku semua terkejut dengan perubahan aku. mmg famous gile, rase mcm artis(ok, hyperbola je,). Ex-bf aku pun senyum kambing tengok aku dah kurus. mekaseh.mekaseh :)

Aku kurus atas usaha aku, dan konsisten dengan apa yang aku lakukan.(sebab aku miskin, tak mampu nak beli Herbalife mase tuh.wuwu) . HERBALIFE memang berkesan. Tapi yang penting sekarang konsistensi anda!! diri anda!!(p/s: tp lepas tuh aku cont amek herbalife balik jugak hihi) Aku percaya, kalau korang semua konsisten dengan usaha korang semua, Insya'Allah, nescaya kurus la korang, kalau tak kurus pun, memang berat akan turun. faham? kalau tak faham, meh nak cubit pipi yang tembam tuh! hakhak.

Kesimpulannya, kalau korang nak kurus, pleaseee sila konsisten dengan usaha korang. Usaha sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Dan lagi, kuruslah dengan menu diet dan lifestyle yang sihat. maksudnya? korang tak makan nasi, tapi korang tiap-tiap minggu keluar dengan member/boyfren nak makan fastfood? ape kes! "alaa...tapi berat aku still turun gak!" yes..memangla turun, tapi TAK SIHAT. konfem konfem, percentage lemak dalam badan tinggi, % air dalam badan kurang, metabolic age 40 (walhal umur baru 22)! keh keh keh..Ha, mcm tuh la maksud aku. faham tak? harap faham. terima kasih.jom main timbang-timbang. bleh contact aku 013-2751047

Untuk pengetahuan semua, sejak berat aku dah turun nih, aku suke jugak la makan bukan-bukan dan macam-macam, So, untuk pastikan metabolic age aku kekal 18-22, dan % air dalam badan sentiasa tinggi, lemak pun tak banyak, aku ade minum Herbalife jika aku rase tekak aku nak minum la. Aku juge, amalkan minum air kosong, green tea/lemon tea(fungsi teh yang tak berape nak sedap ni untuk detox la kirenyerrr) dan tak skip breakfast, dan jangan berlapar. Kenapa? sila google sendiri. Barulah terasa skettt usaha ko yang nak kurus tuh. Sekian.

p/s:sorry, takde gambar sebelum selepas, segan la.hakhak >.<

Berat 2tahun lepas: 66-68 kg
Berat sekarang : 47-48kg
Hasil penurunan : 19-20 kg

kagum tak? kalau ye, sila klik like di bawah. mekaseh:)

Wednesday, August 18, 2010

nak muntah rase belajar bioinformatics =(

Sesape yang bukak blog aku, then bace tajuk entri nih, mesti kemudian rasa nak muntah jugak, sebab...setuju dengan statement aku?. haha. tak baik taw korang, korang semua pelajar cemerlang, aku je yang tak kurang cemerlang =.=!.

Fuh, alkisahnya berada dekat computer lab selama lebih daripada 3jam, boleh buat aku rasa nak muntah, pening-pening tengok sequence bebanyak.fed-up! uhh.kalau muntah? batallah puasa aku.dush. maka, tahan jerlah...'Aliah kat sebelah tepuk2 tangan aku, menyuruh aku bersabar, entah macam mana, residues(sequences) aku tak cukup tadi ataupun sama dengan salah la tu. *sigh*

Balik je bilik, bummmm! baring atas katil, tengok handphone, no message, no missed call. so, diam jerlah, perut dah berbunyi-bunyi, mula lah merancang nak makan ape iftar nanti(baca: berbuka puasa) . teringin sangat nak makan telur dadar+ikan bilis kicap. TUP TUP aku nak masak kat hostel, fellow pun datang, kebaboom kena saman. melayanglah duit. amacam? menyesal tak? Nak order kat cafe pulak, hmm..semua mcm tak kene citarasa je bulan puase nih. Nasib baik puasa, telanlah jugak, kalau tak puasa, memang aku main gentel-gentel je makanan aku bila tak habis makan. hukhuk.

Mood sekarang, rase macam nak pecut pegi Careffour shopping barang makan, tapi...takperlah, berbuka alar kadar je. jangan tamak-tamak. Insya'Allah, balik rumah nanti, dapatlah makan sedap-sedap masakan kat rumah. HUuu,, ni semua gara-gara duduk buat bioinfo dalam lab tadi...dan,,alangkah bestnyer dapat tgk muvi sekarang, sabar fza sabar, bulan puase nih, kurangkan layan perasaan tingkatkan amalan! ye dakk?! peace (^_^)v

Tuesday, August 17, 2010

GIRLSS~~~ lets go shopping.ahahaha=D


hakktuih! menyampah aku bace tajuk mung fza. hahaha.sorry ler beb. bab-bab shopping mesti excited. dah lahiriah seorang perempuan kot.mintakk maaf sesangat kat sesape yang ade bace blog saya neh sebab saya cerita pasal shopping,,padahalnye hari-hari cakap makan bulan puase kene jimat-jimat.eh, bukan maksudnya jimat kene taknak shopping, shopping raya nih guna duit mak bapak...lek lek arrr.heeh heeh XD. em tak jugak, actually memang saya agak berhati-hati menggunakan duit sekarang nih, yerlah, nanti dah dapat lesen scuba diving, leh melancong serata pulau!! lalalalala~ awk, jum la amek lesen diving..hee =D

"Maaaa!! nak balik rumah hujung minggu nih!!!!" hmm, agak2 jerit kat blog nih mama kt rumah tu dengar ke tak? 99% tak. ok,mecet sket. ehem-ehem. "maa, nak balik rumah,,tapi...minggu depan sgt2 bz. tak tau boleh balik ke tak =.=! "
ahh, dalam dilema betul lah nak balik ke tak. bestnyer berpuasa di rumah, makanan sedap=sedap dan terjamin bersih! hm, point utama nak balik juga, nak shopping actually. hakhak. hari tu mama jugak yang ajak balik sebab ade hal & do some shopping-shopping raya..hehe. mama best. iloikee~

kalau korang nak tahu, kalau saya jalan dengan rakan-rakan, saya memang susah nak shopping,sebab saya lebih suka mereka happy shopping+sight seeing instead of they have to wait for me to think to buy or not to buy.beautiful or not.worth it or not.bla bla dan itu ini..huuu. tapi kalau saya jalan sorang-sorang, hmmph! jangan mimpi duit rm100 dalam purse leh ada baki, sure-sure intai ATM kat mane-mane lepas tuh,ish ish. em, sebab tuh saya ade penasihat peribadi shopping.ahakz

-dah 17august rupanya,,sukenyer sukenyer! :)


Monday, August 16, 2010

saje jer nak tambahkan merah kat warne pink tuh,,arghhHH!!

Ok, ini entry nak guna aku. sebab cerita ala-ala garang sket~ ha! takut tak? grr.
Alkisahnya, dalam hidup aku nih ade macam-macam jenis bunga yang selalu buat aku ceria setiap hari, tanpa bunga-bunga nih, siapalah aku di bumi Allah SWT nih, lagi-lagi di bumi Kuantan. pada suatu hari sedang tersenyum-senyum mengingatkan plan petang tuh, tibe-tibe Ros Ungu nih meninggikan suara kat aku, adoi, dah mengecik dah hati aku waktu tuh. tapi, sabar~ So, nak elakkan daripada aku bermasam muka, baik aku alihkan muka aku awal-awal.nanti masam tak best. hakhak. fuhh, lega apabila pesana ringkas diisi dengan kata-kata kemaafan, tapi hakikatnya, susah nak terima, sebab mood aku harituh mmg spoil habis. *sedih*

Anggap ajerlah aku nih Ros Putih yang tetibe timbul tompok2 pink kat ros aku. haha. Lepas tuh, sahabat baik aku juga same dengan Ros Ungu tadi, nih Ros Kuning plak tetibe taknak iftar same-same.Aku daripada pagi sampailah ke petang duk berangan-angan iftar sesame,,sambil citer part lucu, sakit etc etc..bla bla gelak-gelak bla bla lagi..tup tup, angan-angan aku yang macam awan cerah tuh tetibe bertukar mendung.dahla perasaan risaunya kat mereka sebab hujan 2-3kali tak balik balik, hantar msg 2-3 tak reply..hukhuk.sedih lagi, sabar ajerlah. seolah-seolah macam nak bagi ros putih kat aku, tapi bagi yang layu. macamtuhla kot XD. hakhak. tapi, takpe, Alhamdulillah, lepas solat wajib&sunat semua, aku ok jer, We just propose ryte? Allah decide :)

HAA! hari nih budak group lab aku buat hal. memang aku tak dapat tahan sabar dah time tuh, suara aku terus naik daripada volume 10 kepada 17. huh, dasar pentingkan diri, tak dop hati budi, kerjasama kurang, boleh blah! nak bagi seribu alasan tak kukuh taknak buat report part results+discussions, haaa hamek ko! aku belasah bahasa melayu kat ko, biaq la ko faham ka tak faham ka! kire ok aku tak ckp bahasa ganu ke sarawak ke jawa ke perak ka utagha ka! huhh; " kepala hotak ko, ko ingat ko ke yang buat semua experiment tiap-tiap minggu?! " sebab ko tak buat la, aku bagi ko peluang selami dalam-dalam cuz yg tuh kan part paling important.hakhak.ehh, ko sendiri ckp last week, aku dengar.sumpah! . hm, stop! stop here fza! nanti dia bace, habes satu KOS kecoh.heeh heeh XD
(yang kene marah tuh foreigner, harap maklum)

Makanya, memang pink tuh petang tadi bertukar jadi merahhlaaaa. *grab kunci, buku, lab coat, larik turun tangga, masuk kete*
tamat.

now, tawlaa u'ol nape de entry name la tahzan..sbb sedih sket baru-baru nih..hehehe~!


La Tahzan,,,

HEY, meet me again? HMM, couldn't close my eyes yet,, its 1.29am. dahla puasa, should sleep early, before 12 kerr...so, senang sikit nak bangun sahur..aiyook XD
.....................................

Here, as I wish, I can wrote all my feelings towards u my very very setia blog.heeh heeh ^__^
tapi, saya lebih suka berdendam, eh salah, memendam..ha, camne? nanti meletop, habis semua terkena. dah makin tua nih, makin matangla sikit kan, pandai jage hati perasaan diri sendiri dan org lain. pandai jage hati awak jugak, hopefully..hee :)

So, just keep smiling..mcm dory dalam cerita finding nemo..oh,and how I wish I could watch that muvi rite now. ehem ehem, awak taknak download utk saya? ;p well, its sooo entertained and make u give laugh out loud,, ala, mcm tgk kungfu panda jugak...lagipun,,saya suke tengok ikan berenang taw! kat rumah , saya ada bela ikan, tapi setiap minggu mati pada cuti semester yang itu hari.daripada 17ekor, adalah tinggal 5-7ekor sekarang? (upsss, kantoi sudeeyy~!)

OK OK. seterusnya, nak cakap pasal my practical training, heh, lambat lagi actually, first of all, nak dedicate my outstanding gratitude to my papa, cuz alwayz give me support and..err financial support too.hakhak. and my mama too yang owezz ikut kehendak diri yang suke lak lok nih..hukhuk. everytime its comes to education, papa always be the upmost, yang dipertua, yang berhormat, yang utama sebagai penasihat no.1 masalah cik hafiza. and, mama..u know~~mom? they 'ol punye tendency lebih kepada 'kehidupan anak'. ah, malas nk explain, konon2 u'ol fahamlahkan.hakhak.

Kat mana nak praktikal nih? ahh, sudah selesai kot. muktamad. taknak pegi jauh-jauh, area KL/Selangor sudah! tak jauh-jauh dengan parents, ape-ape hal berlaku, senang nak jenguk. Lagipun, mak bapak mestilah lagi bahagia kalau tengok anak dia yang cun meletop cute selalu depan mata. hakhak.hm, most importantly, I hope I can appreciate the quality times with my parent. taknak nakal-nakal, nak jadi budak baik-baik macam korang.huahua. (em, yeke?). so, mari kawan-kawan yang rase-rase amek major same dengan aku tuh praktikal kat area KL/Selangor je, bolehlah kita bergosip-gosip tentang kemajuan pembelajaran and hape-hape ajerlah di tempat orang,,amacam? XD
(actually, ade banyak reason lain why I choose that place for my Industrial Training, but just to keep it myself because blogspot are naked unprotected too, until the time is come, i tell u ya)

Aduh, banyak plak membebel. nak sambung buat kerja lain pula. jumpa kamu next entry yerp.jangan rindu-rindu taw.

La tahzan,Innallaha Ma'ana,
y? entry dikeluarkan sewaktu mood sedih =.=


Friday, August 13, 2010

Salam Ramadhan

heeh heeh XD
maafla kalau saya terlambat untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam di dunia ini...bak kate org puteh, better late than never..hihi.
camne puasa? hehe, entry kali nih, dibuat untuk berkongsi dua perkara.

yang pertama,,
petikan ayat : "Wahai orang-orang beriman diwajibkan atas kamu sekalian puasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa"

Maka, disini, taulah kita hukumnya wajib kan...dan bertujuan untuk menyempurnakan ketaqwaan. malam lepas solat tarawih, akak yang mengimamkan solat kami ade berkongsi sedikit info mengenai puasa dan taqwa, kalau kite perhatikan dalil@ayat@hadith mengenai solat, haji, zakat @ puasa...bahagian puasa je yang Allah SWT menyuruh kita sekalian bertaqwa...
kenapa? sebab...kalau kita mengerjakan solat, zakat, haji...orang boleh nampak,,tapi apabila kita melakukan ibadah puasa,,hanya kita dan Allah je yang tahu.kan? maknanya itu antara taqwa kita dan Allah la..time bulan ramadhan ni...mmgla semua nampak kamu macam berpuasa ^__^
so, renung-renungkan, dan selamat beramal..cewah...hehe..sekadar perkongsian untuk pelawat-pelawat yang menyinggah....hee XD

yang kedua,,
bulan ramadhan nih selalu solat berjemaah untuk isya' dan solat berjemaah sunat tarawih. selalu jer teringat-teringat suasana solat berjemaah kat Madinah@Makkah sewaktu buat umrah hari tuh...semoga Ramdahan kali ini memberi makna kepada kita semua..bak kata kawanku khairi "minima dosa kecil, zero dosa besar"..escpecially yang wanita, watch out! kurang-kurangkan merungut dan mengumpat(ok,,baling batu kat dinding, melantun ke kepala sendiri XD)
jum kita lihat bagaimana keadaan di Makkah sekarang, oppsss, I spot something else laaa~ Makkah Royal Clock Tower tuhhh dah siapp wooo~ lets cekidaut peeps...

dipetik dari blog sepaku(click link kat bawah)

end note: pandaii dia bersahur skrg :)

Thursday, August 12, 2010

~Maxis Broadband~

selamat tinggal maxis broadband 7.2Mbps....welcomeeee maxis broadband 3.6Mbps. :)

hahaha....

fahamkah pe yang aku merepek nih? XD


Sunday, August 8, 2010

keretaku~


Alkisahnya, tuan punya belog balik rumah....balik la rumah naik bas dengan kawan setempat setinggal sekali.iaitu di...........(isi tempat kosong sendiri). Mengikut pelan asal yang telah diciptakan sepanjang minggu sebelum pulang pada hari rabu tuh....tuan punya belog balik rumah, hari ahad nnt bolehlah balik ke kuantan semula dengan kereta baru kawan tuan punya belog...bernama atif.heh glemer jap ^__^ sebab takkan nak bawak balik kereta,nnt bazir minyak je..baik konvoi satu kereta kan, sbb atif nak angkut kereta baru dia..so..cmtuhlaaa.....

Pada hari jumaat mlm, atif pun msglaa..lebih kurang pukul 1052malam kot, dia ckpla..terpaxe balik sabtu sbb ayah dia tak dpt hntr dia dgn keretanya hari ahad...tup tup, pukul 11mlm, dia ckp kne balik ahad mlm atau isnin pagi plak....aiseh man...makin lambat la aku nak siapkan report neh...so, cancel cancel, mama ckp balik naik bas @ naik flight jer nnt. ok ok, esok pegi beli tker bas....

Bangun pagi-pagi, siap2 nak keluar pegi TS, terus pegi beli tiket bas awal2...time dah beli nih, balikla rumah...2jam kemudian, kakyung msg, dia ckp balik dgn Abg Azmi(abg ipar). Abg azmi leh dropkan tuan punya belog kat kuantan before berangkat pulang meneruskan perjalanan ke terengganu sbb kebetulan diorg pulang ke johor dua hari sebelum tuh. fikir punya fikir, baiklah naik bas, x payah susahkan orangkan, lagi pun dh belipun, kalau jual, still bazir, kalau burn still lg membazir.

cube teka saya balik dgn ape? huk huk.

saya balik naik abg azmi lah....mama tak bagi langsung naik bas, nak hantarkan ke stesen bas pun taknak. adehh...so, takpelah, sempat jumpe muhammad hafiy. pengajarannya; lain kali balik...bawaklah kereta sendiri, tak payah susah-susahkan org, tak payah rase bersalah, tak payah keluar gune kereta besar papa tuh, tak payah pk nak jalan-jalan kt rumah naik ape...kan~
keretaku,,,,kejap lg aku dtg melawat ko...cek tayar, cek enjin, cek bateri, cek air~ 4hari ditinggalkan...huk...kesian kan~


Saturday, August 7, 2010

K.A.W.A.N

dipetik daripada facebook Helmi Zuhairiz:

" Kawan itu ada tiga jenis:
  1. yang seperti makanan, setiap masa diperlukan, dan selamanya bermanfaat serta menguntungkan
  2. yang bagaikan ubat, ada masa-masa saja kita perlukan
  3. yang sama dengan penyakit
Which one is you?

*current mood: berkecil hati dengan rakan?sahabat?kawan? duhh*


Sunday, August 1, 2010

tercatatnya sejarah satu ogos duapuluhsepuluh

this is my FIRST TIME!
happy sgt, thanx to saod,, sbb ajak saya men futsal, and thnx to liz & zuv gak sbb tlg memenuhi tempat kosong GKB. Geng ----------------??? teehee XD futsal best!
bertempat di Dewan Futsal Kg,Tiram. tournament under Mahallah Talhah.,
Alhamdulillah, dapat gak tempat keempat, atleast dpt balik RM80 kan? uhuhu
bawah nih gambar team saya!!
dari kiri(atas): saod, me, skyn, liz,,,,
dari kiri(bawah): wuani, zuv, madi & teha.
tribute to them!! muahhhxx3!

yes! kat bawah nih gambar saya plak!! gaye seorang goalkeeper yang kunun-kunun hebat!
wakakakakaka :D
^___^
-tamat-


emm, psssstt...report lum siap! jum siapkan..huhu